SINGAPURA - Hidangan Melayu nampaknya semakin menjadi pilihan masyarakat Cina sebagai pelengkap hidangan ketika menerima tamu.
Usaha-usaha katering dan pedagang makanan Melayu menikmati sehingga 30% tambahan penjualan sempena Tahun Baru Cina.
Rendang, kuah lodeh, dan sambal goreng pengantin - pembuka selera setiap Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha. Namun, lauk-pauk ini juga semakin 'memikat hati' masyarakat Cina sebagai sajian utama sewaktu perayaan Tahun Baru Cina.
Trend ini pastinya peluang yang amat diharapkan bagi meningkatkan penjualan.
Restoran Hajah Maimunah misalnya di antara yang paling sibuk setiap menjelangnya Tahun Baru Cina. Malah, ia mula menerima permintaan sejak tahun lalu dan terpaksa berhenti menerima pesanan bulan lalu.
Pesanan bagi layanan katering tahun ini melonjak 30 persen. Berdasarkan pengalaman tahun-tahun sudah, penjualan di kedai juga diperirakan naik 20%.
Bagi memenuhi permintaan yang meningkat ini, Restoran Hajah Maimunah buat pertama kalinya menyediakan paket khas bagi Tahun Baru Cina.
"Tantangan dan kesukaran restoran Hajah Maimunah ialah apabila ada pelanggan meminta makanan itu dikurangi pedasnya untuk makanan yang memang pedas seperti sambal udang ataupun makanannya kurang minyak seperti untuk rendang. Kita perlukan minyak itu bila kita masak," kata Cik Masturah Didih Ibrahim, Pengurus Besar Restoran Hajah Maimunah.
"Ada juga minta kurangi asin, jadi kadang-kadang kita cuba untuk memenuhi permintaan tapi kita cuba untuk pastikan kualitas masih tetap pada 'standard' atau piawai makanan sama," Tambah beliau.
Beberapa lagi tempat makan di kawasan Geylang Serai juga menghadapi semakin banyak pelanggan Cina yang memesan makanan Melayu untuk dihidangkan kepada tamu.
"Ada juga dua tiga orang Cina, buat tempahan kueh hari raya, rempeyek, karipap, dan epok-epok, mereka ada buat pesanan untuk sambutan mereka. Sekarang Cina pun dah pandai makan sedap. Rendang sedap, jadi banyak pelanggan Cina sekarang," kata Cik Aisha, pengurus Shazah Confectionary.
"Pada Tahun Baru Cina, memang Al-Wadi sentiasa penuh. Ramai pelanggan akan datang ke sini. Dah Al-Wadi tiga tahun dekat sini memang perayaan Tahun Baru Cina memang sentiasa teratas, selalu penuh," seloroh Syed Ali, tukang masak Al-Wadi.
Sememangnya makanan menjadi tali pengikat pelbagai perayaan masyarakat majmuk di negara ini. (mediacorp/wan)